TIPS MEMILIH PLANNER YANG SESUAI

Tips Memilih Planner Yang Sesuai  | Haihhh ~ Kalau dah addicted dengan planner, memang itu je la yang dibahaskan. Hehehe. Takpe la ~ Korang pun boleh dapat input yang baru kan? ^^


Macam mana nak cakap eh. Nurul dan alat tulis memang tak dapat dipisahkan. Tak kira lah alat tulis ke, buku ke. Tapi saya bukan ulat buku ye. Kalau bab membaca tu ikut mood juga la macam mana. Tapi kalau benda-benda yang Nurul sebutkan tadi, memang Nurul giler sangat dengan tu semua. Kalau korang tengok Nurul masuk je kedai buku, mata seakan-akan blink-blink gitu ~ Hahaha. Memang confirm rambang mata.

Kalau boleh semua benda nak diborong. Tapi apa kan daya. Kita cuma perlu ambil yang mana perlu je. Tapi nak jumpa yang mana perlu tu memang ambil masa yang agak lama juga la. Kena tapis betul-betul. Kalau keluar dengan parents, memang kena tinggal. Diaorang pergi tempat lain dulu tapi Nurul masih bertapa dalam popular. Hahaha. Dan hal satu lagi tentang planner ! Ni memang tak dapat dipisahkan juga. Macam mana pentingnya handphone tu Nurul bawa merata-rata, macam tu juga lah dengan planner.


Ok, dah nak tahun baru ni. Mestilah kita tengah cari planner untuk tahun 2021 kan. Tapi kita dok menung scroll-scroll cari planner yang kita minat, memang berlambak. Tapi.... Ada tapi la pulok :p Yes. Memang pun. Ini cantik, tapi mahal giler. Ini comel, tapi pre order pula. Haihhh. Macam mana nak pilih ni. 

Tapi masalah ni bukan lelaki yang alaminya. Hehehe. Tapi pada kaum hawa. Perempuan ni memang dilahirkan dengan sifat rambang mata yang kuat kut. Nurul pun ! Kalau untuk kaum adam, memang grab je planner apa yang ada. Asalkan boleh menulis. Tapi entah lah ~ Selagi Nurul tak jumpa planner yang sesuai dengan apa yang Nurul nak tulis. Memang Nurul akan cari sampai dapat.

Sebab itulah korang kalau nak planner yang korang betul-betul guna, yang korang sayang sangat sampai bawa ke hulu ke hilir dan walaupun ianya dah lunyai rabak pun korang tetap sayang dan nak jaga sebaik mungkin. So, Nurul ada beberapa tips untuk korang membuat pilihan yang tepat untuk planner tahun 2018 nanti. Hope ianya membantu ye ^^


TIPS MEMILIH PLANNER YANG SESUAI

Memilih Planner Yang Sesuai Mengikut Tujuan

Nak membeli apa-apa mestilah dimulakan dengan tujuan. So, kita kena cari dulu apa tujuan korang nak planner jenis-jenis yang dah Nurul nyatakan pada post sebelum ni.

1. Korang nak beli planner untuk diri tu untuk guna dekat rumah sahaja ke atau untuk kerja korang. Nak letak dekat satu tempat je ke (contoh meja pejabat) atau nak bawa ke hulu ke hilir walaupun masa berdating sekalipun. Eh, ada pula kena mengenanya kan :p

2. Korang je ke nak guna atau husband, mak, adik-beradik sekali nak guna sekali? Kiranya bukan personal planner la. Korang nak catat apa dalam tu. Nak lukis sekali ke atau nak ada tulisan je.

So ini merupakan contoh tujuan untuk kita memilih planner. Kalau macam Nurul, Nurul nak planner personal. Maksudnya setiap gerak geri dan aktiviti Nurul, Nurul akan catat dekat situ. And pasal kerja and side income blog pun Nurul nak letak dalam planner sekali. Maksunya Nurul kena cari planner yang khaskan ruangan tersebut. Dan tambahan planner tu kena ada motivations quotes untuk Nurul naikkan semangat Nurul dari hari ke hari yang lain.


3. Lupa pulak. Jangan lupa tentang size buku atau planner korang. Korang lebih suka yang kecil atau yang besar gedabak biar boleh tulis macam-macam benda?

Kalau Nurul, Nurul prefer ada ruangan yang cukup untuk Nurul menulis sebab kalau sekali Nurul dah start menulis, memang susah nau nak berhentinya. Jadi, ayat tu akan jadi panjang :p

4. Korang suka bentuk yang boleh cabut dan ganti balik dalam satu cover je ke atau nak yang statik. Ataupun korang nak jenis yang kosong sebab boleh DIY sendiri. Untuk DIY ni bagi yang rajin je ye. Hehehe. Kalau tak nanti sekerat jalan je buat.

5. Ada budget maksimum atau korang nak redah je beli yang macam mana pun untuk kali pertama.

6. Korang nak planner korang ada material tertentu atau tak kisah. Setengah orang sukakan planner leather sebab boleh tahan lama. Tapi kena maklum lah ye. Nama pun leather and harga pun boleh tahan sehingga RM100 ke atas. Jangan complain sebab kualiti yang bagus :D Untuk yang budget rendah, beli je yang biasa-biasa. Asalkan boleh menulis.

7. Ada design yang tersendiri? Yelah kan ~ Sebab trend sekarang ni ramai yang suka guna planner comel-comel ni. Tak mau yang plain dah sebab nanti bosan. Hehehe. Takpe, semua tu korang boleh pilih ikut kesukaan korang.


So, sebenarnya tak lah susah mana untuk korang memilih planner yang sesuai untuk diri sendiri. Sebab ianya semua bergantung pada diri kita. Takde orang yang pilihkan pun. Cumanya satu je la ~ Jangan rambang mata ye. Hehehe. Kalau tak, semuanya nak diborong. Jadi, boleh lah korang ikut step yang Nurul nyatakan tadi. Semoga korang boleh dapat planner yang sesuai dengan citarasa masing-masing ye ^^

No comments:

Powered by Blogger.